Pages

Friday, October 2, 2015

resepi sup diet kurus anda



Kurus, diet dan sebagainya .. mesti semua ingin kekal ramping dan bergaya tak kiralah lelaki atau wanita. Harini saya nak kongsikan satu resepi diet yang dikatakan diberikan oleh sebuah hospital di Maryland, USA, untuk para pesakit jantung yang perlu menurunkan berat badan dengan cepat sebelum dibedah. Program 7 hari ini digunakan sekerap mungkin sesuai keperluan.

Jika diamalkan secara tepat dan dijalankan secara penuh, program ini akan membersihkan sistem metabolisme yang akan membantu ketahanan tubuh anda.

Disamping menu sup ini,, ada beberapa pantang larangnya yang apa anda boleh dan tak boleh ambil dalam masa 7 hari itu. Tapi pada harini saya hanya nak kongsikan resepi diet itu sahaja tanpa memperkatakan tentang peraturan yang lain.

*SUP PEMBAKAR LEMAK

* *BAHAN-BAHAN 

  • 3-6 BAWANG BESAR BOMBAY 
  • 6 BIJI TOMATO SEGAR 
  • 1 BUNGA KOBIS 
  • 2 BIJI LADA CAPSICUM HIJAU 
  • AIR 

*CARA MEMBUAT

* Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan air, rebus selama 10 minit atau sampai empuk. *Makanlah sup ini setiap kali anda merasa lapar, sejumlah yang anda inginkan dan tiap saat dalam sehari. Sup ini tidak akan menambah kalori dalam tubuh anda.*

adakah anda rasanya menu ini menyelerakan? rasanya sudah pasti tak.. tapi hanya mereka yang berazam tinggi sahaja yang akan mencuba.. harus diingatkan... untuk diet bukan hanya makan sup ini sahaja ye.. anda tetap memerlukan nutrisi yang lain.. jadikan sebagai supplement dan mengawal nafsu makan anda yang keterlaluan.

Walaupun ingin kurus,, anda harus ada ilmu...

0 comments:

Post a Comment